Pages

Saturday, February 26, 2011

bismillahirrahmanirrahim..

.................HAti.........................
kata pada hati..

iringi setiap langkah kaki mu dengan hati yang berani,
tabah dalam mengharungi segala pahit getir perjuangan untuk keredhaan ALLAH semata,
senyumlah walaupun hati terasa sakit dek panahan ujian,
sampaikanlah segala pengharapan dalam doa yang tulus dari hati,
yakinlah..
sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangi!
walaupun seberat manapun cabaran yang dibekalkan ALLAH,
tidak pernah sedetik pun ALLAH tinggalkan diri mu,

"Ya ALLAH, 
janganlah Engkau siksa hukum jika kami lupa atau kami tersalah. 
Ya ALLAH, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana  Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. 
Ya ALLAH, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.
sesungguhya YA ALLAH,Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir."

kata pada hati..
 dalam diari seorang pejuang,
tiada masalah yang tidak merumitkan,
tiada ujian yang tidak melemahkan,
tiada dugaan yang tidak menyusahkan,
tapi..
ketahuilah bahawa semua itu adalah batu loncatan untuk kita menjadi lebih hebat.
ALLAHUAKBAR!
cuma sesekali..
airmatamu menitis..
sebagai lambang kekerdilan kudrat hamba,
berdepan dengan KASIH SAYANG PENCIPTA,
sebagai tanda ALLAH tidak mengabaikan kita,
senyumlah walaupun payah dan susah dengan ujian!!


wahai hati ku..
bila kamu berjuang kerana ALLAH,
dugaan itu  adalah tempat bersinggah,
keperitan itu adalah juadah,
kejayaan itu adalah satu mimpi indah,
andai ditakdirkan rebah,
kamu mestilah tetap redha kerana ALLAH,
tiap agendaNYA mempunyai hikmah,
supaya kamu terasa manis dan indahnya kasih ALLAH.

tell ur heart...
ALLAH gives hope to those who dream,
ALLAH gives miracle to those who believe,
ALLAH never leave those who walk in HIS PATH!

duhai hati..

berzikirlah mengingati,mengagungkan
 PENCIPTA SEKALIAN  ALAM!
Dengan zikr,
Diri rasa hampir sangat dengan Allah ,
diri berasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingat padaNya,
dan
 meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,

dengan zikrullah,

syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,

zikrullah..

hadirlah rahmat dan sakinah 
SUBHANALLAH


“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya  di waktu pagi dan petang”. (Al-Ahzab: 41-42)

sebaik-baik zikrullah ialah membaca AL-QURAN
Ibnu Abbas berkata:
“Dalam diriku ada tiga keistimewaan; tidaklah hujan turun ke muka bumi, melainkan aku pasti memuji Allah dan bergembira dengannya, meskipun aku tidak mempunyai kambing dan unta; tidaklah aku mendengar seorang hakim yang berlaku adil kecuali aku sentiasa mendoakan kebaikan untuknya walaupun aku tidak mempunyai perkara apa pun yang mesti dia putuskan; dan tidaklah aku memahami maksud suatu ayat dalam kitab suci Allah, melainkan aku selalu ingin orang lain juga mengetahui isi ayat itu seperti aku mengetahuinya.” 

“(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jua Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran: 8.)

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan beri kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)


Saturday, February 12, 2011

bismillahirrahmanirrahim..


ALLAH...SAtu pintaku padaMU,pemilik dan pemegang hati sekalian alam..

jika dia benar  untukku,
tetapkanlah hatiku dengan hatinya.
namun,,jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU..

ALLAH..
Berkatilah kami..
rahmatilah kami..
sekiranya kami berbuat salah sehinngakan mampu menjejaskan "redhaMU" buat kami,
bantulah kami untuk kembali berserah dan bertaubat kepadaMU.
ku pohon sesungguhnya padaMU YA RABBANA..

YA RABBUL IZZATI
jika aku jatuh cinta,jgnlah biarkan cintaku untukMU b'kurang,
sehinngakan membuatkan hatiku lalai akan adany ENGKAU.

YA ALLAH...
LIndungi aku dari jurang cinta nafsu yang merosakkan jiwa dan hatiku.

YA ALLAH..
jika hari esok bukan dtakdirkan untukku lgi,
aku tersangat bersyukur ALLAH kerana sempat mengenal insan ini..

YA ALLAH,
xda ap yang ku pinta dariMU
Selain doa y tak putus2 untuk insan ini...
jika benar aku tak sempat lagi untuk bertemu dengan insan ini,
aku ingin insan ini tahu bahawa,
aku sesungguhny sgt2 tersentuh atas ikatan ukhuwwah y terjalin ini..

sesungguhnya..
hadiah y paling berharga dari ALLAH kpd kita ialah apabila
kita dikurniakan ALLAH insan2 yang hatinya berkehendakkan kepada ilahi.
insan2 inilh yang akan bersama kita meniti ranjau kehidupan..
y akan berjalan seiring sling berpesan kpd kebenaran dan kesabaran,
saling menjana iman dan kekuatan dan setiap gerak tndakan sentiasa menyedarkan
erti hidup bertuhan,
hatinya rindukan kebenaran dalam mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha ALLAH.

ALLAH..
"ihdinassirhotul mustaqim..."
esok..aku akan d tarbiyah lagi:)
ku rindukan sahabat2 ku YA ALLAH..
YA ALLAH..jadikan hati ku ikhlas dlm berbuat apa2 jua semata2 untuk MU dan agamaMU..

esok kena ikhlaskan hati..
kena bersihkan hati.
"LILLAHITA'ALA.."
ALLAH..kuatkan hati ini..

"rabbana la tuzhighqulubana baa'da iz hadaytana wa hablana min ladunkarahmah,
innaka antalwahhab"
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
[8: آل عمران]